HoLLa

ibu vs pasangan…..mana yang penting……????


 

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!

Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..Ibu
Bila nak bermanja.. Aku dekati ibu
Bila nak bergesel? Aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ? Ibu
Bila merajuk? yang memujukku cuma.. Ibu

Bila melakukan kesalahan? Ibu juga lah yang paling cepat marah..

Bila takut? Yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk? Yang aku suka peluk.. Ibu

Aku selalu teringatkan .. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon ibu
Bila seronok? Orang pertama aku nak beritahu? Ibu
Bila bengang.. Aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. ? Ibuuuuuuuuuuuuu!!
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu

Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu

Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila Nak Kahwin..
ORANG PERTAMA aku tunjuk dan rujuk? Ibu


 

Sekarang,
Aku ada Pasangan Hidup
sendiri
Bila seronok? Aku cari pasanganku
Bila sedih? Aku cari Ibu
Bila berjaya? Aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal? Aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat ibuku

Bila nak bercuti? Aku bawa pasanganku
Bila sibuk? Aku hantar anak ke rumah ibu
Bila sambut valentine...Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu...Aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari IBU

Selalu........Aku ingat
pasanganku
Selalu.....IBU ingat kat aku
Bila....Bila.....Aku akan talipon pasanganku
Entah bila....Aku nak talipon ibu
Selalu....Aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.....Aku nak belikan hadiah untuk Ibuku


 



 

Renungkan :-

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja. Bolehkah kau kirim wang untuk ibu? Ibu bukan nak banyak. Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"

Berderai air mata aku. Hari ini kalau ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi. Bukan lima puluh ringgit. Lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Al-fatihah, al-fatihah, al-fatihah.

(p/s:aku amik artikel nie dalam blog sape ntah.. hehehe.. apa2 pon, kte sama2 renungkan ap yang penulis ingin sampaikan...)


 

TIPS HUBUNGAN CINTA JARAK JAUH

CINTA sering dikaitan dengan dua hati yang mempunyai rasa dan perasaan yang sama. Cinta yang sejati
tidak akan dapat dihancurkan dengan kata-kata, masa dan jarak. Perbezaan tempat adalah suatu ujian didalam hubungan percintaan. Ya. Tidak semua orang akan sanggup untuk berjauhan dengan orang tersayang. Tapi yakinlah cinta yang sejati tidak akan terpengaruh dengan masa ataupun tempat mereka. Berada jauh dari pasangan tidak bermaksud berakhirnya hubungan tersebut. Percaya dan jujur akan menjadi elemen-elemen yang penting dalam hubungan jarak jauh.


Berikut LIMA TIPS
untuk mempertahankan hubungan ketika Anda berdua Terpisahkan Oleh Jarak:

  • Selalu Berhubung
    Kunci mempertahankan hubungan cinta jarak jauh adalah tetap mengadakan HUBUNGAN TERUS MENERUS. Chatting, saling SMS, telepon atau email secara teratur adalah langkah yang dapat dilakukan sekalipun hanya untuk menceritakan hari-hari yang membosankan. Ini akan membuat anda merasa seperti anda sebahagian dari hidup masing-masing sekalipun Anda terpisah berjauh batu.
  • Berikan Perhatian
    Jangan menunjukkan sebarang kekeliruan yang boleh membuatkan si DIA terasa terabai dan keseorangan. Cuba dekatkan hati walaupun jasad berada jauh dari si DIA. Kirimi dia e-card yang lucu , hangat dan menyentuh atau kirim dia buku yang selalu dia inginkan membacanya. Ini akan menyentuhnya dan membiarkan dia tahu bahwa Anda tengah memikirkannya.
  • JANGAN BIARKAN PERSELISIHAN HIDUP
    Selalu cari PENYELESAIAN segera mungkin ketika Anda berselisih kerana semakin lama dibiarkan, masalahnya akan semakin rumit. Jangan pernah mengharapkan pada masing-masing atau mengabaikan masalah tersebut dengan mengharapkan ia akan selesai dengan sendiri. Ketika Anda jauh, telepon, sms dan e-mail menjadi jambatan hubung buat Anda berdua.
  • Bersemangat dan lakukan sesuatu milik Anda

    Jangan mensia-siakan hidup hanya kerana dia jauh. Tetaplah pada perkara rutin biasa atau mungkin lebih baik. Untuk semua kesempatan yang Anda batalkan atau ketika memutuskan tidak punya waktu kerana dia, sekarang saatnya untuk melakukan semua itu.
  • Realistis
    Jangan harap dunia akan menyatukan anda kembali. Ada banyak hal yang perlu difahami. Ia telah berada di lingkungan yang berbeza sehingga fahamilah ia perlu waktu untuk beradapatasi kembali hidup di rumah bersama-sama.
    Sisihkan waktu dan saling bicara apa yang tengah terjadi. Walaupun ini adalah cara sensitif untuk memahami kehidupan masing-masing.