HoLLa

ibu vs pasangan…..mana yang penting……????


 

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!

Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..Ibu
Bila nak bermanja.. Aku dekati ibu
Bila nak bergesel? Aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ? Ibu
Bila merajuk? yang memujukku cuma.. Ibu

Bila melakukan kesalahan? Ibu juga lah yang paling cepat marah..

Bila takut? Yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk? Yang aku suka peluk.. Ibu

Aku selalu teringatkan .. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon ibu
Bila seronok? Orang pertama aku nak beritahu? Ibu
Bila bengang.. Aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. ? Ibuuuuuuuuuuuuu!!
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu

Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu

Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila Nak Kahwin..
ORANG PERTAMA aku tunjuk dan rujuk? Ibu


 

Sekarang,
Aku ada Pasangan Hidup
sendiri
Bila seronok? Aku cari pasanganku
Bila sedih? Aku cari Ibu
Bila berjaya? Aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal? Aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat ibuku

Bila nak bercuti? Aku bawa pasanganku
Bila sibuk? Aku hantar anak ke rumah ibu
Bila sambut valentine...Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu...Aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari IBU

Selalu........Aku ingat
pasanganku
Selalu.....IBU ingat kat aku
Bila....Bila.....Aku akan talipon pasanganku
Entah bila....Aku nak talipon ibu
Selalu....Aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.....Aku nak belikan hadiah untuk Ibuku


 



 

Renungkan :-

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja. Bolehkah kau kirim wang untuk ibu? Ibu bukan nak banyak. Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"

Berderai air mata aku. Hari ini kalau ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi. Bukan lima puluh ringgit. Lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Al-fatihah, al-fatihah, al-fatihah.

(p/s:aku amik artikel nie dalam blog sape ntah.. hehehe.. apa2 pon, kte sama2 renungkan ap yang penulis ingin sampaikan...)


 

TIPS HUBUNGAN CINTA JARAK JAUH

CINTA sering dikaitan dengan dua hati yang mempunyai rasa dan perasaan yang sama. Cinta yang sejati
tidak akan dapat dihancurkan dengan kata-kata, masa dan jarak. Perbezaan tempat adalah suatu ujian didalam hubungan percintaan. Ya. Tidak semua orang akan sanggup untuk berjauhan dengan orang tersayang. Tapi yakinlah cinta yang sejati tidak akan terpengaruh dengan masa ataupun tempat mereka. Berada jauh dari pasangan tidak bermaksud berakhirnya hubungan tersebut. Percaya dan jujur akan menjadi elemen-elemen yang penting dalam hubungan jarak jauh.


Berikut LIMA TIPS
untuk mempertahankan hubungan ketika Anda berdua Terpisahkan Oleh Jarak:

  • Selalu Berhubung
    Kunci mempertahankan hubungan cinta jarak jauh adalah tetap mengadakan HUBUNGAN TERUS MENERUS. Chatting, saling SMS, telepon atau email secara teratur adalah langkah yang dapat dilakukan sekalipun hanya untuk menceritakan hari-hari yang membosankan. Ini akan membuat anda merasa seperti anda sebahagian dari hidup masing-masing sekalipun Anda terpisah berjauh batu.
  • Berikan Perhatian
    Jangan menunjukkan sebarang kekeliruan yang boleh membuatkan si DIA terasa terabai dan keseorangan. Cuba dekatkan hati walaupun jasad berada jauh dari si DIA. Kirimi dia e-card yang lucu , hangat dan menyentuh atau kirim dia buku yang selalu dia inginkan membacanya. Ini akan menyentuhnya dan membiarkan dia tahu bahwa Anda tengah memikirkannya.
  • JANGAN BIARKAN PERSELISIHAN HIDUP
    Selalu cari PENYELESAIAN segera mungkin ketika Anda berselisih kerana semakin lama dibiarkan, masalahnya akan semakin rumit. Jangan pernah mengharapkan pada masing-masing atau mengabaikan masalah tersebut dengan mengharapkan ia akan selesai dengan sendiri. Ketika Anda jauh, telepon, sms dan e-mail menjadi jambatan hubung buat Anda berdua.
  • Bersemangat dan lakukan sesuatu milik Anda

    Jangan mensia-siakan hidup hanya kerana dia jauh. Tetaplah pada perkara rutin biasa atau mungkin lebih baik. Untuk semua kesempatan yang Anda batalkan atau ketika memutuskan tidak punya waktu kerana dia, sekarang saatnya untuk melakukan semua itu.
  • Realistis
    Jangan harap dunia akan menyatukan anda kembali. Ada banyak hal yang perlu difahami. Ia telah berada di lingkungan yang berbeza sehingga fahamilah ia perlu waktu untuk beradapatasi kembali hidup di rumah bersama-sama.
    Sisihkan waktu dan saling bicara apa yang tengah terjadi. Walaupun ini adalah cara sensitif untuk memahami kehidupan masing-masing.

30 Rahsia Perempuan yang Lelaki Perlu Tahu!

1.Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sdang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya
smula sbelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang org yg paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yg patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dgn sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sdg keluar dengan lelaki lain.

5. Bila LELAKI yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, DIA AKAN CAIR seperti coklat!!

6. Wanita mmg sukakan pujian
tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka
dgn gadis yg sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar
sebab ada satu semangat dlm diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah TEGUR DIA PERLAHAN-LAHAN.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. JANGAN SESEKALI BERITAHU PEREMPUAN YANG MEREKA NI LANGSUNG TAK BERGUNA.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan
dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika Dalam Masa Yang Sama Dia Menghubungimu Atau Menunggu Panggilan Darimu, Teruskan Usahamu
untuk memikatnya.

17. JANGAN SESEKALI MENGAGAK APA YANG DIRASAKANNYA. TANYA DIA SENDIRI!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan MENYELAK BUKU-BUKU CINTA.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan
sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan
mereka yang paling cantik.

25. CINTA bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita
adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise
buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat
tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah..¦

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan diCINTAI
dan disayangi sepenuh jiwa..

Pertama Kali....

Hahahaha.. nak gelak ntuk diri sendiri kerana dah berjaya memecahkan rekod di mana aku telah menjadi MC dalam satu program yang di anjurkan oleh pihak Universiti, tempat aku LI.. Pada tanggal 28 Julai 2009, akan menjadi satu tarikh yang amat bersejarah. Aku dah berjaya musnahkan rekod aku... aku nie bukan jenis yang suka menampilkan diri di tempat-tempat ramai orang.. jabatan aku yang bertanggungjawab ntuk program nie.. jadi ktorang tak tau nak amik sape agi... Diorang suh aku jadi MC.. Dengan muke macho aku menjawb, "orait, saya tak kisa".. tapi dalam ati "dub,dab,dub,dab".. takut giler aku.. rasa nak pitam jer bila pikir aku akan berada di hadapan semua orang.. kalau student xperla, nie.. Pof-prof, Dato'-dato', Dr-dr, dan staf-staf yang terpaksa aku tengok dalam program tu.. sebenarnya program ini adalah untuk semua kakitangan UMK.. so, semua staf datang... perasaan aku masa tu.. Hanya Allah dan aku jer yang tau..

setibanya pada hari tersebut, aku slamber jerla.. (takkan la nak tunjuk muke cuak.. hahaha)... Di sebabkan perasaan gabra dan takut giler, terketar-ketar gak suare aku.. rsau plak aku takut-takut tak kuar suare.. Sampai text kat tangan pon aku tak baca.. aku cube nk hilangkan rasa takut aku.. tapi syukur, dalam masa 10 minit, aku da dapat control diri aku.. aku main cakap jer.. text yang kat tangan pon, aku tengok-tengok gitu jer.. so, selama jadi MC tu aku dah dapat hayati apa itu PENGACARA MAJLIS.. bukan susah pon, kite cume perlu tau objektif program dan dapat control diri kite dengan bagus pon dah cukup untuk kite mengacarakan majlis itu..

Thanx gak kt Jabatan tmpt aku LI nie, sebab diorang bagi peluang untuk aku bercakap walaupun diorang tau yang aku nie tak pernah jadi MC.. Hehehe.. Bila teringat balik, nak tergelak pon ad.. Hehehe...

Kepada korang yang tengah LI tu or keje tetap ker, apa yang orang suh korang buat, amik jer.. Orang lain leh buat, takkan kite xleh buat kan??... Setiap mende yang baru diberi kat kite, anggap ia suatu pengalaman untuk kite.. Hidup hanya sekali, kalau kite tak try, rugi la... Peace..