HoLLa

kL.. oWhhh.. kL..

hjung mggu nie aku g kL ngn awek aku.. g umah abg aku.. huhuhu.. nk g jmpe ank buah aku nuh.. norhawa shauqina... Da besar da budak tu.. Die pon da tak kenal aku.. huhuhu. sedih tul.. Tapi aku hepi la.. sebab aku dapat main-main dengan shauqina tu.. aku cubit-cubit pipi die sampai merah-merah..

Aku harap SI DIA hepi masa ikut aku g kL ari tu.. Aku nak DIA tau yang aku sayang DIA sangat-sangat..

Jadilah Seperti Pantai...



jadilah seperti pntai yg tguh di landa ombak...

Adakah aku bersalah??

Sekarang aku rs aku tertekan sngt2.. aku xtau knp.. aku cm xder tmpt kt dunia nie ntuk aku tenang jiwa aku. klau skit bdn, pgi klinik.. tp klau jiwa yg sakit?? ad tmpt ker?? aku try untuk bwat yg terbaik ntuk smua org.. aku sggup korban diri aku.. jnji aku dpt tgk dia snyum, dia gmbira..

Aku btul2 kecewa dgn sikap kwn2 aku skrg.. ap salah aku smpai korang wat aku cm nie?? truk sngt ker aku nie...??

Skrg aku kna redha ap yg akn berlaku... Aku akn hadapinya dengan snyuman... life must be go on...




Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”

(Surah al-Hujurat [49]:10)

malah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda..

Dari Nu’man bin Basyir r.a, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Perumpamaan orang-orang mu’min dalam hal kecintaan dan kasih sayang diantara mereka adalah laksana satu tubuh, yang apabila terdapat salah satu anggota tubuhnya yang sakit, maka seluruh tubuhnya akan merasakan sakit, dengan tidak dapat tidur dan demam.”

(Hadith Riwayat Muslim)

KAWAN oh KAWAN

BerKAWAN kerana duit seperti berniaga biasanya tidak setia
Satu sama lain curiga-mencuriga, dan tidak percaya-mempercayai
Mudah sahaja pecah perkongsian yang dimeterai
Susah berKAWAN berlama-lama sampai ke hujung hingga mati

Akhirnya berKAWAN hanya sekerat jalan kemudian berlakulah perpisahan
BerKAWAN sepersekolahan atau sama-sama mengaji di dalam satu institusi tidak sejati
Setelah keluar sekolah, berKAWAN tidak berlaku lagi
Tidak pun selepas itu satu sama lain cari-mencari

BerKAWAN pun hanya berlaku setakat semasa sesama mengaji
BerKAWAN di dalam politik apatah lagi payah setia
Payah hendak berKAWAN sampai ke hujung usia atau hingga ke tua sekalipun satu parti
Selalu sahaja bertukar KAWAN silih berganti
Kerana kepentingan peribadi di dalam parti telah menjiwai dan berakar umbi

BerKAWAN di dalam satu tempat kerja hanya sementara
BerKAWAN sesama berada di luar negeri begitu juga selalunya sementara
Di waktu itu keluarga sama-sama tidak ada, dengan siapa hendak bertolong bantu
Oleh kerana sesama sebangsa di luar negara KAWAN yang lain tidak ada
Waktu itu sesama sebangsa terpaksa berKAWAN keadaan memaksa
Apabila balik ke negara sendiri berKAWAN pun sudah tidak berlaku lagi
Masing-masing tidak perlu-memerlu lagi maka masing-masing membawa diri
Setiap orang pun tidak minat pun hendak ziarah-menziarahi
BerKAWAN berlaku hanya setakat sesama di luar negeri

Rupanya berKAWAN dan perpaduan susah dilakukan
Kalau secara kebetulan sahaja tidak jati dan hakiki dan tidak mahu terjadi
BerKAWAN secara kebetulan semuanya tidak jadi
Menunjukkan berKAWAN dan perpaduan mestilah hasil didikan dari kecil lagi

Ia mestilah diasuh dan diperjuangkan oleh pemimpin yang ada wibawa dan cita-cita
Ditanam KASIH SAYANG dari kecil lagi hingga mendarah mendaging dan jadi BUDAYA
Ia mestilah dilakukan semenjak di sekolah lagi oleh cita-cita pemimpin,
para guru dan ibu bapa

Setelah DEWASA diingatkan selalu untuk menyuburkan supaya PERPADUAN
sentiasa membara
Perpaduan tidak mungkin berlaku setekat DIGESA-GESA oleh para pemimpin
setelah dewasa
Kalau ia tidak bermula daripada diasuh dari KECIL lagi

Kerana PERPADUAN itu BUKAN bersifat FIZIK
Tapi PERPADUAN itu ia adalah bersifat JIWA


KEPERCAYAAN


Mempercayai seseorang bukanlah mudah sebenarnya. Jika baru mengenalinya tentu perasaan sangsi akan timbul dari sanubari. Ada juga yang sudah lama mengenali tapi masih juga belum mempercayai. Dalam satu perhubungan, tidak wajar sekiranya kamu masih tidak ada kepercayaan terhadap si dia. Walaupun mungkin kamu tidak akan mempercayai si dia seratus peratus, tapi tak salah kalau kamu meletakkan anggaran dibawah 70 peratus keyakinan kamu terhadapnya. Tapi mudahkah kamu melakarkan kepercayaan terhadap si dia? Sebenarnya ada faktor-faktor yang boleh menimbulkan kepercayaan.

Faktor 1 – Konsisten
Kamu mempercayai apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wasangka. Bagi kamu apa yang dibicarakan tidak perlu disangsi kerana ianya ada kebenaran serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan kamu. Tapi berhati-hatilah kerana mungkin dengan cara ini si dia boleh MENJERAT kamu. Siapa tahukan!


Faktor 2 – Boleh dikawal
Perkara-perkara yang bagi kamu adalah konsisten membuatkan kamu boleh menganggap adakah si dia boleh dikawal ataupun tidak. Contohnya, si dia akan datang tepat pada waktu yang dijanjikan dan boleh menerima pendapat kamu. Maknanya kamu boleh MENGAWAL dirinya dari melakukan perkara yang tidak kamu sukai. Bukanlah bermakna kamu boleh mengongkongnya tetapi jika si dia menuruti kehendak kamu ini bermakna si dia mempercayai kamu dan tidak ragu-ragu dengan cara kamu.


Faktor 3 – Komitmen
Komitmen bukanlah sekadar menepati janji, tapi juga menghargai perjanjian yang telah dipersetujui bersama. Jika kamu ataupun si dia berani berkomitmen dan bersungguh-sungguh dalam perhubungan , tentu saja perhubungan kamu ceria dan aman. Sikap saling MEMPERCAYAI yang wujud dalam diri masing-masing akan mewarnai lagi perhubungan kamu itu. Malah ianya akan membuatkan si dia lebih yakin dengan kejujuran kamu terhadapnya. Jadi tiada alasan untuk si dia berlaku curang terhadap kamu.


Faktor 4 – Kejujuran
Kejujuran memang perlu untuk menjamin sebuah perhubungan yang bahagia. Kamu juga tidak patut menyembunyikan perkara-perkara yang sepatutnya diketahuinya. Jika kamu dan si dia jujur , ini membolehkan kamu berdua TIDAK TAKUT untuk berbahas kerana berpendapat ianya juga untuk kebaikan bersama. Walaupun adakalanya tercetus pertengkaran kecil kerana masing-masing ingin mengutarakan pendapat sendiri, tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk memilih pendapat yang terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil.


Faktor 5 – Terima seada-adanya
Kunci keintiman dalam suatu perhubungan adalah menerima seadanya baik buruk pasangan kamu. Bila hati sudah suka dan sayang, tentu saja kamu sanggup menerimanya walaupun menyedari tentunya ada perkara-perkara negatif tentangnya. Namun begitu, tentunya kamu dan si dia BERUSAHA untuk berubah jika terdapat sikap-sikap yang tidak disenangi hingga boleh menjejaskan perhubungan. Usaha kamu dan si dia ini menampakkan kesungguhan yang amat ketara demi menjamin perhubungan.


Faktor 6 – Perlu dimengertikan
Sebahagian besar individu menginginkan pasangan yang tidak hanya mendengar pendapat sebelah pihak. Malah harus bijak mengutarakan pendapat sendiri. Kamu juga tentunya berharap agar si dia mengerti tentang PANDANGAN kamu terhadap pelbagai perkara. Jika tidak, mungkin perhubungan hanya mendatar saja. Bukan itu saja, kemarahan juga boleh timbul ekoran perasaan yang tidak dimengertikan dan menganggap diri kamu tidak dihargainya.


Faktor 7 – Simpati
Simpati adalah usaha untuk memberikan pengertian yang lebih mendalam, seakan berusaha menempatkan diri kita di dalam emosi si dia. Sebenarnya tidak mudah melakukan perkara ini. Tapi bila dapat menimbulkan simpati, kebanyakan pasangan mampu MENGATASI perkara-perkara yang boleh menimbulkan pertengkaran dan perselisihan pendapat kerana memahami sesuatu yang boleh mengganggu hubungan.


Faktor 8 – Diyakini
Bila rasa yakin, kamu boleh memberi pandangan bersama si dia. Baik dalam hal-hal remeh temeh hinggakan ke perkara yang serius. Kamu akan merasa si dia bukan saja mendengar malah akan menyimpan RAHSIA kamu. Apa yang penting kamu juga harus mengetahui dan berkeyakinan adakah si dia memang boleh menyimpan rahsia ataupun tidak!


Faktor 9 – Perbezaan pendapat
Memanglah tak dapat lari dari perbezaan pendapat antara kamu dan si dia. Mereka yang berusaha terlalu keras untuk menyangkal atau takut mengakui bahawa dirinya berbeza pendapat dengan pasangannya selalunya seorang yang tidak berani MENHADAPI kenyataan. Tak mungkin akan selalu sama pendapat sebaliknya mampu berkompromi untuk menunjukkan kedewasaan masing-masing.


Faktor 10 – Elakkan dendam
Cinta sejati akan diwarnai oleh pengertian dan rasa untuk dimaafkan. Kerana dendam boleh menjadi punca kehancuran sesebuah perhubungan. Walaupun pernah dilukai, namun perasaan dendam ataupun membalas balik mungkin tidak akan terlintas dalam fikiran. Bagi diri kamu, mungkin berdendam bukanlah JALAN PENYELESAIAN yang terbaik malah ianya akan memburukkan lagi keadaan. Oleh sebab itulah kemaafan adalah perkara yang terbaik untuk menjernihkan suasana.


Faktor 11 – Berfikiran terbuka
Banyak pasangan merasakan tidak perlu untuk mengungkapkan secara lisan apa yang ada dibenaknya. Walaupun hakikatnya perkara itu sangat penting dan perlu disampaikan secepat mungkin bagi menggelakkan perkara yang tidak diingini akan berlaku. Oleh sebab itulah, jalan yang terbaik ialah setiap individu harus berfikiran terbuka. Bukannya harus menerima pendapatnya tanpa perlu berfikiran panjang sebaliknya kita harus mendengarnya dahulu dan barulah membuat KEPUTUSAN. Tak semestinya apa yang dikatakan tidak elok begitu juga sebaliknya.


Faktor 12 – Tulus dan jujur
Ketulusan dan kejujuran memainkan peranan yang penting dalam sesebuah perhubungan. Bukan saja dari segi perbuatan malah juga percakapan. Apa yang ingin disampaikan haruslah dengan niat sejujur yang mungkin dan bukanlah hanya untuk melindungi kesilapan. Pilihlah kata-kata yang sedap didengar dan senang dimengertikan. Melalui komunikasi, kita juga boleh MENANGKAP adakah si dia jujur dan tulus ataupun sebaliknya.


Faktor 13 – Tak selalu didampingi
Bukan semua orang sukakan kekasihnya sentiasa disisi. Ada juga yang inginkan sedikit kebebasan dan asal bijak mengawal diri itu sudah cukup memadai. Apa yang penting, jika si dia tidak MENEMANI kamu, jangan pula berfikir yang bukan-bukan dan mulalah menganggap yang si dia sengaja mahu mengabaikan kamu. Singkirkan perasaan ini kerana ini bukanlah niatnya sebaliknya ingin memberikan kamu sedikit ruang untuk menjalani aktiviti sendiri.


Faktor 14 – Jauh di mata dekat di hati
Saat terpisah dek jarak yang jauh sebenarnya banyak mengajar kita erti rindu yang sebenar. Walaupun tempohnya agak lama, haruslah mempercayai jarak dan waktu tersebut tidak akan memisahkan diri kamu dan si dia. Perasaan ini harus wujud walaupun tidak selalu dapat bersua namun perasaan saling MERINDU dan menyayangi akan menguatkan lagi perhubungan kamu itu. Apapun teguhkan hati dan pendirian kamu bahawa hanya cinta si dia sahaja yang bertakhta di hati.


Faktor 15 – Persamaan
Persamaan antara kamu berdua akan menguatkan lagi rasa cinta bila masing-masing yakin bahawa hubungan itu diimbangkan dengan prioriti utama. Jangan hanya mementingkan hak seorang diri saja dan haruslah mengambil berat tentang kedua belah pihak. Sebenarnya kamu berdua saling MEMERLUKAN antara satu sama lain untuk memastikan keseimbangan dalam perhubungan.


Faktor 16 – Tak saling menyalahkan
Tak selalu hubungan yang terjalin berjalan lancar dan adakalanya ia akan BERGEGAR jua. Hubungan cinta yang lancar haruslah tidak dilandasi sikap saling menyalahkan. Apa yang terjadi merupakan interaksi dari dua pihak yang memiliki kebebasan mengeluarkan pendapat dan keinginan yng berbeza. Menyalahkan antara satu sama lain bukanlah boleh menyelesaikan masalah sebaliknya akan menjejaskan lagi hubungan. Keegoan mungkinlah penyebab mengapa kamu dan si dia saling menyalahkan antara satu sama lain.


Faktor 17 – Hormat-menghormati
Saling hormat-menghormati adalah dasar perhubungan yang positif. Kamu harus menghormati si dia dan begitu juga sebaliknya. Tapi jangan kerana terlalu menghormatinya hinggakan kamu berasa amat SEGAN dengannya. Ini akan mendorong rasa malu dan segan untuk meluahkan apa yang kamu pendamkan dan membuatkan hubungan kamu sukar untuk berkembang. Oleh sebab itulah kamu perlu membatasi rasa hormat dan segan terhadap si dia.


Faktor 18 – Penghargaan
Tidak salah sekiranya kamu menghargai si dia. Bukannya hendak menyanjung tinggi ataupun terlalu memuja dirinya. Tetapi biarlah sekadar si dia tahu yang kamu amat MENGHARGAI kasih dan dirinya. Caranya? hanya kamu saja yang tahu bagaimana kerana lain orang lainlah caranya. Apapun kalau kamu memang sayangkannya, jangan segan silu untuk menunjukkan perasaan kamu serta jangan lupa harga perasaan dan dirinya.


Faktor 19 – Bukan materialistik
Bayangkanlah kalau kamu seorang yang materialistik? Mesti kekasih kamu pokai dibuatnya. Mana taknya kalau kamu MINTA yang bukan-bukan. Dalam perhubungan, jangan sesekali kamu menjadikan wang sebagai punca utama mengapa kamu memilih si dia. Jika ianya terjadi, hubungan kamu mungkin sukar bertahan lama dan membuatkan si dia akan berprasangka terhadap kamu.


Faktor 20 – Perancangan bersama
Manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Tapi ada bagusnya kalau kamu dan si dia merancang sesuatu untuk menjamin kebahagian. Tentunya kamu sendiri inginkan yang terbaik demi masa depan bersama. Bukan mudah untuk MENCIPTA kebahagiaan dan mengecapi kegemilangan dalam perhubungan. Pastinya semua mengimpikan sesuatu yang indah dalam perhubungan. Begitu juga kamu bukan? Apa perancangan kamu agaknya ye?

JODOH KITA???

1. Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

2. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

3. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

4. Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

5. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

6. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

7. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

8. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

9. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.

Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

10. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.

Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

Mimpi

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?

“ Manusia merancang, Allah menentukan.”

I MUST BE STRONG

If now I happy
I must remember before this I sad
If now I success
I must remember before this I failed
If now I clever
I must remember before this I stupid
If now I rich
I must remember before this I poor
If now I strong
I must remember before this I weak
If now I healthy
I must remember before this I sick

But…
Tomorrow is difference
Tomorrow is a new life
Tomorrow maybe I die
Tomorrow not same as today
Only one not change


This is Islam
Thanks for Allah
Give me heart for to feel
Give me brain for to think
Give me eye for to see
Give me Quran for to read
and to understand and practice
Give me Hadiths for to life guide

Now…

My wish is to see the Prophet Muhammad s.a.w. ...

Thank you Allah
Thank you Allah
Thank you Allah ...
For all bless and Nikmat

Thanx...


nie awek aku..

Ari nie awek aku bwk aku g zoo mini kt Tc tu... xpnah lak aku tau kewujudan beliau di situ.. hehhe.. even just ad 2,3 ekor jer bnatang, tp ok la.. kwsn kt situ cntik.. klau duk ats bukit tu nmpk la pntai.. cntik...


nie aku...

Lagu Aku...

Viva La Vida Guitar Chords by Coldplay

ARTIST : Coldplay
SONG : Viva La Vida
ALBUM : Viva La Vida or Death and All His Friends

STANDARD TUNING - CAPO 1

INTRO: C - D - G - Em x2

(Em) C D
I used to rule the world
G Em
Seas would rise when I gave the word
C D
Now in the morning I sweep alone
G Em
Sweep the streets I used to own

C - D - G - Em x2

(Em) C D
I used to roll the dice
G Em
Feel the fear in my enemy's eyes
C D
Listen as the crowd would sing:
G Em
"Now the old king is dead! Long live the king!"


(Em) C D
One minute I held the key
G Em
Next the walls were closed on me
C D
And I discovered that my castles stand
G Em
Upon pillars of salt and pillars of sand

C D
I hear Jerusalem bells are ringing
G Em
Roman Cavalry choirs are singing
C D
Be my mirror, my sword, and shield
G Em
My missionaries in a foreign field
C D
For some reason I can't explain
G Em C D
Once you go there was never, never an honest word
Bm Em
That was when I ruled the world

C - D - G - Em x2

(Em) C D
It was the wicked and wild wind
G Em
Blew down the doors to let me in.
C D
Shattered windows and the sound of drums
G Em
People couldn't believe what I'd become

(Em) C D
Revolutionaries wait
G Em
For my head on a silver plate
C D
Just a puppet on a lonely string
G Em
Oh who would ever want to be king?


C D
I hear Jerusalem bells are ringing
G Em
Roman Cavalry choirs are singing
C D
Be my mirror, my sword, and shield
G Em
My missionaries in a foreign field
C D
For some reason I can't explain
G Em
I know Saint Peter will call my name ,
C D
never an honest word
Bm Em
But that was when I ruled the world

C - Em x3
D x2


C - D - G - Em x2
(Ohhhhh Ohhh Ohhh)

C D
I hear Jerusalem bells are ringing
G Em
Roman Cavalry choirs are singing
C D
Be my mirror, my sword, and shield
G Em
My missionaries in a foreign field
C D
For some reason I can't explain
G Em
I know Saint Peter will call my name ,
C D
never an honest word
Bm Em
But that was when I ruled the world

C - D - Bm - Em and fading...
Oooooh Oooooh Oooooh

HARI KE HARI...

Huhuhuhu.. Bosan nk mampos.. Tu la yg bermain dlm otak aku.. dri kul9 smpai kul 5 ptg aku duk dlm klas jer.. blik jer hostel, da glap da.. cam keje lak.. tap aku kna latih dri aku nie.. maklumla, stat 15 jun, aku da stat latihan industri(praktikal) aku kt UMK.. aku sedih gak.. Ap yg aku plan slame nie bnyk xjd.. aku da nk tggl kn zmn U aku.. aku da nk masuk alam perkejaan.. huhuhu.. Tp klau ikut keadaan skrg nie, aku mmg nk lari di U aku nie.. benci aku tgk kwn2 aku.. aku ingt aku ad kenangan manis ngn kwn2 aku kt sini.. tp hampeh.. tp aku ad org yg pling aku syg dan pling aku rpt.. SUHAIDA NOOREIN... Tu awek aku.. huhuhu.. Bnyk knangan aku ngn die.. Mslh kami sm jer... Di pulau oleh kwn2.. huhuhu.. romantik giler.. hehehe... Bl aku nk citer ngn die, die pon ad mslh gak ngn kwn die.. so, aku kna la smpn dlm ati jer.. aku akn jd tmpt die release tension.. Aku kn player rugby, aku kuat.. aku leh tanggung smua tu sorg dri.. To all my frenz, aku nk mntk maaf atas ap ksalahan aku kt korg... even aku xtau ap slh aku, aku nk korg maafkn aku..

To my love... syg, maafkan b ek... Syg kna sbr k.. Ingat, b ad sblh syg.... B sentiasa support syg...

Horray!!!

Perpindahan yang membuat hatiku gumbira.. hehehe.. aku hepi giler ari nie.. aku da blah dari "kwn2 baik" aku... hehehe.. hepi giler aku.. skang aku rs tenang n bhagia.. cm iklan nt7.. I FEEL GOOD... Alhamdulillah..

Syg, cpt la blik... b rndu kt syg... huhuhu...

welcome...

Rase da lama aku x update blog nie... bz ckit... pastu laptop plak wat hal... huhuhu..
Mn la awek aku nie.. aku rndu bangat sama die.. huhuhu...
To all my frenz "FUCK U ALL".. sori la ek.. aku mmg benci kwn2 aku... hahaha.. tp xsmua la.
Sbb lm xupdate blog, aku bnyk mende nk citer.. Bln 4 yg lepas bnyk kejadian berlaku keatas diriku.. (cam syair da)... present PSM, final exam, drive blik kg ntuk 3 ari, dan sebagainyer.. hehehe.. ms present psm adalah ari yg aku tggu slame aku blaja kt ump nie.. smua student akn alami saat nie.. so, stay tune.. hahaha.. aku nyer turn ptg, tb2 lak evaluator aku nk wat pgi.. mak ai, mn la aku smpt nk preper.. tp di sbb kn kemachoan aku, aku dpt atasi ngn macho skali(hahaha.. koya nyer aku)... truk gak aku kna ms present tu.. mn xnyer, kte set otak ptg, alih2 kna pgi lak.. huhuhuhu.. aku blik ngn keadaan hampa.. ap yg aim aku nk lulus jer.. aku xnk duk ump ag.. aku nk keje.. aku nk tlg mak ayah aku... huhuhu.. Alhamdulillah, berkat dari doa maa,abah dan awek aku, aku dpt B ntuk PSM.. hebat x?? hehehe... rezeki, mn kte tau.. yg pnting kte brusaha dan x mudah giveup..
Citer plak ms nk amik final... aku xstudy pon.. hahaha.. sem nie sem yg pling aku rs rilek giler.. aku amik 4 paper.. bnyk kn?? tp 1 pon study.. hahaha... aku teman awek aku study jer.. nasib baik la die nk study kt libry, kalu x mmg xknal aku libry cm ner.. hehehe... bengong tul aku nie.. tp alhamdulillah, aku dpt jwb jer soklan final tu ngn bergaya.. hehehe..
da abis final, aku blik kg ntuk 3 ari jer sbb aku kn dtg blik ntuk kursus 3P.. pnat bangat sih.. mn xnyer, 3 ari jer.. smapi umah plak adik2 aku ajak g SUARASA.. aku lyn jer la.. kt sn aku jmpe Amir Raja Lawak tu.. mmg muke die lwk... kesian pon ad... (ish, xbaik jer aku).. ms nk blik, aku bwk adik2 aku tgk kwsn airport.. saje jer.. lm xjln2 kt sn.. ktorg smpt tgk kpl terbng mendarat.. huhuhuh.. cntik bangat.. huhuhu... ktorg blik kul 11 lbh kot.. aku lupe la.. hehhe..
yg citer lain tu, aku rs xpnting la.. ok.. tata...