Satu sama lain curiga-mencuriga, dan tidak percaya-mempercayai
Mudah sahaja pecah perkongsian yang dimeterai
Susah berKAWAN berlama-lama sampai ke hujung hingga mati
Akhirnya berKAWAN hanya sekerat jalan kemudian berlakulah perpisahan
BerKAWAN sepersekolahan atau sama-sama mengaji di dalam satu institusi tidak sejati
Setelah keluar sekolah, berKAWAN tidak berlaku lagi
Tidak pun selepas itu satu sama lain cari-mencari
BerKAWAN pun hanya berlaku setakat semasa sesama mengaji
BerKAWAN di dalam politik apatah lagi payah setia
Payah hendak berKAWAN sampai ke hujung usia atau hingga ke tua sekalipun satu parti
Selalu sahaja bertukar KAWAN silih berganti
Kerana kepentingan peribadi di dalam parti telah menjiwai dan berakar umbi
BerKAWAN di dalam satu tempat kerja hanya sementara
BerKAWAN sesama berada di luar negeri begitu juga selalunya sementara
Di waktu itu keluarga sama-sama tidak ada, dengan siapa hendak bertolong bantu
Oleh kerana sesama sebangsa di luar negara KAWAN yang lain tidak ada
Waktu itu sesama sebangsa terpaksa berKAWAN keadaan memaksa
Apabila balik ke negara sendiri berKAWAN pun sudah tidak berlaku lagi
Masing-masing tidak perlu-memerlu lagi maka masing-masing membawa diri
Setiap orang pun tidak minat pun hendak ziarah-menziarahi
BerKAWAN berlaku hanya setakat sesama di luar negeri
Rupanya berKAWAN dan perpaduan susah dilakukan
Kalau secara kebetulan sahaja tidak jati dan hakiki dan tidak mahu terjadi
BerKAWAN secara kebetulan semuanya tidak jadi
Menunjukkan berKAWAN dan perpaduan mestilah hasil didikan dari kecil lagi
Ia mestilah diasuh dan diperjuangkan oleh pemimpin yang ada wibawa dan cita-cita
Ditanam KASIH SAYANG dari kecil lagi hingga mendarah mendaging dan jadi BUDAYA
Ia mestilah dilakukan semenjak di sekolah lagi oleh cita-cita pemimpin,
para guru dan ibu bapa
Setelah DEWASA diingatkan selalu untuk menyuburkan supaya PERPADUAN
sentiasa membara
Perpaduan tidak mungkin berlaku setekat DIGESA-GESA oleh para pemimpin
setelah dewasa
Kalau ia tidak bermula daripada diasuh dari KECIL lagi
Kerana PERPADUAN itu BUKAN bersifat FIZIK
Tapi PERPADUAN itu ia adalah bersifat JIWA




2 comments:
can i be ure besh friends 4ever?
yes.. sure...