HoLLa

Pertama Kali....

Hahahaha.. nak gelak ntuk diri sendiri kerana dah berjaya memecahkan rekod di mana aku telah menjadi MC dalam satu program yang di anjurkan oleh pihak Universiti, tempat aku LI.. Pada tanggal 28 Julai 2009, akan menjadi satu tarikh yang amat bersejarah. Aku dah berjaya musnahkan rekod aku... aku nie bukan jenis yang suka menampilkan diri di tempat-tempat ramai orang.. jabatan aku yang bertanggungjawab ntuk program nie.. jadi ktorang tak tau nak amik sape agi... Diorang suh aku jadi MC.. Dengan muke macho aku menjawb, "orait, saya tak kisa".. tapi dalam ati "dub,dab,dub,dab".. takut giler aku.. rasa nak pitam jer bila pikir aku akan berada di hadapan semua orang.. kalau student xperla, nie.. Pof-prof, Dato'-dato', Dr-dr, dan staf-staf yang terpaksa aku tengok dalam program tu.. sebenarnya program ini adalah untuk semua kakitangan UMK.. so, semua staf datang... perasaan aku masa tu.. Hanya Allah dan aku jer yang tau..

setibanya pada hari tersebut, aku slamber jerla.. (takkan la nak tunjuk muke cuak.. hahaha)... Di sebabkan perasaan gabra dan takut giler, terketar-ketar gak suare aku.. rsau plak aku takut-takut tak kuar suare.. Sampai text kat tangan pon aku tak baca.. aku cube nk hilangkan rasa takut aku.. tapi syukur, dalam masa 10 minit, aku da dapat control diri aku.. aku main cakap jer.. text yang kat tangan pon, aku tengok-tengok gitu jer.. so, selama jadi MC tu aku dah dapat hayati apa itu PENGACARA MAJLIS.. bukan susah pon, kite cume perlu tau objektif program dan dapat control diri kite dengan bagus pon dah cukup untuk kite mengacarakan majlis itu..

Thanx gak kt Jabatan tmpt aku LI nie, sebab diorang bagi peluang untuk aku bercakap walaupun diorang tau yang aku nie tak pernah jadi MC.. Hehehe.. Bila teringat balik, nak tergelak pon ad.. Hehehe...

Kepada korang yang tengah LI tu or keje tetap ker, apa yang orang suh korang buat, amik jer.. Orang lain leh buat, takkan kite xleh buat kan??... Setiap mende yang baru diberi kat kite, anggap ia suatu pengalaman untuk kite.. Hidup hanya sekali, kalau kite tak try, rugi la... Peace..

0 comments: